Friday, March 27, 2009
Raziff: the Last of 3
A picture says thousand words. This is a sure proudest moment in Raziff's life. It is a tradition started during 2005's convocation in Berjaya Time Square when proud parent of Imtiaz was called by the Minister to be on stage together with their son when the valedictorian speech was read out.
As mentioned in the 1st part, what best gift could a son give BUT a "thank you" and a special moment like this. Enjoy this last part of Raziff's speech:
Rakan Graduan yang diraikan,
IUCTT telah memupuk kita dengan sikap dan minat terhadap ilmu serta menyediakan kita dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk kita menceburi profession masing-masing. Intipati mesej saya tadi adalah graduan:
Perlu memahami minat dan kekuatan masing-masing.
Perlu berani mengambil langkah pertama untuk merealisasikan cita-cita.
Perlu menguasai semua asas yang penting di dalam pengajian masing-masing.
Perlu sentiasa mempunyai perancangan contingency sekiranya berlaku apa-apa masalah semasa pengajian berlangsung.
Perlu mempunyai tumpuan yang tidak berbelah bahagi, serta yang paling utama;
Perlu mencari keseimbangan di antara teori-teori yang kita perolehi semasa di kelas dengan perkembangan dan praktis di luar.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Persekitaran kita berubah dengan drastic di luar sana. Perkembangan ekonomi, politik dan teknologi berjalan begiru pantas dan benarlah kata orang, “those who seek the light, they shall find power”. Untuk kekal relevan dan berdayasaing, kita tidak boleh berhenti setakat di sini sahaja. Malah gesaan “Life-Long Learning” perlu dijadikan budaya agar kita sentisasa kemaskini dengan ilmu pengetahuan. Kita juga perlu berkemahuan untuk menjadi anggota masyarakat yang aktif dan berperanan besar membangunkan negara.
Masanya juga untuk kita menganjak paradigma agar turut serta di dalam perlumbaan “Research & Development” setara dengan negara-negara yang menerajui dunia teknologi dan penciptaan seperti Jepun, German, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Nikmatilah kejayaan pada hari ini dan bersedialah menghadapi cabaran yang akan bermula esok.
May Raziff's words of wisdoms be an inspiration to all.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment